Social Icons

03 November 2012

Formula Kimia

Salam sejahtera para pelajar yang saya sayangi, hari ini saya ingin kongsikan cara untuk membentuk formula kimia. Apa yang penting perkara pertama yang perlu tahu ialah INGAT CAS. Macam mana nak ingat sila lihat posting saya yang terdahulu.


Siri Elektrokimia

Mesti pelajar rasa susah untuk mengingati kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia kan? Jangan susah hati ada cara mudah untuk mengingatinya....






01 November 2012

Jadual Berkala Kimia


Cara mengingat 20 unsur pertama mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Kimia:-

HHeLiBeB, CNOF, NeNa, MgAL, SiPS, ClArKCa



Melalui nombor proton, pelajar boleh mengetahui kumpulan dan kala unsur tersebut. Sebagai contoh, unsur Na mempunyai nombor proton 11. Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.8.1. Ini bermaksud unsur Na terdiri daripada kumpulan 1 dan kala ke3

31 October 2012

29 October 2012

Termokimia

1. Pengenalan
1.1 Tenaga yang terkandung di dalam bahan kimia dipanggil tenaga kimia.
1.2 Tindak balas kimia biasanya disertai dengan perubahan tenaga.
1.3 Perubahan tenaga yang terlibat mungkin adalah tenaga kimia, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga elektrik , tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.
1.4 Termokimia ialah kajian tentang perubahan tenaga haba yang berlaku di dalam suatu tindak balas kimia.

2. Tindak balas eksotermik
2.1 Tindak balas eksotermik adalah disertai dengan pembebasan tenaga haba ke sekelilingnya.
2.2 Tenaga haba yang dibebaskan akan menyebakan bekas yang menampung tindak balas itu terasa panas apabila disentuh dengan tangan.
2.3 Suhu campuran bahan-bahan tindak balas eksotermik akan menaik.
      2.4 Contoh-contoh :
            2.4.1Tindak balas pembakaran bahan api
            2.4.2 Tindak balas pemendakan
            2.4.3 Tindak balas penyesaran
            2.4.4 Tindak balas peneutralan


3. Tindak balas endotermik
3.1 Tindak balas endotermik adalah disertai dengan penyerapan tenaga haba daripda sekeliling.
3.2 Tenaga haba yang diserap daripada sekeliling akan menyebabkan bekas yang menampung tindak balas itu terasa sejuk apabila disentuh dengan tangan.
3.3 Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik akan menurun.
      3.4 Contoh-contoh:
            3.4.1 Penguraian kalsium karbonat apabila dipanaskan dengan kuat.
            3.4.2 Melarutkan garam ammonium klorida di dalam air